Kilang Sublimation Printing Baju (Malaysia)
Sedang mencari sublimation printing baju untuk T-Shirt dan cenderahati? Di sini kami terangkan maksud, proses, kelebihan dan anggaran tempoh siap supaya anda membuat tempahan dengan yakin.
Apa itu sublimation printing baju
Sublimation ialah kaedah memindahkan rekaan daripada printer ke kertas sublimation, kemudian ke material melalui haba dan tekanan (heat press). Dakwat bertukar menjadi gas dan meresap ke dalam gentian kain. Hasilnya tahan lama, tidak mudah luntur dan selesa dipakai.
Bahan & permukaan yang sesuai
Teknik ini berkesan pada polyester atau permukaan yang mempunyai lapisan ‘coating’. Tanpa lapisan ini, imej tidak dapat dipindahkan dengan baik. Produk popular: T-shirt, jersi, mug, lanyard dan lain-lain.
Proses kerja (ringkas)
Sedia artwork di komputer.
Cetak artwork ke kertas sublimation menggunakan printer khas.
Heat press – pindahkan rekaan ke kain/polyester pada kira-kira 230°C.
Jahit/pasang mengikut saiz & potongan.
QC & pembungkusan.
Hantar/serah kepada pelanggan.
Tempoh siap lazimnya 14 hari bekerja, bergantung pada rekaan dan kuantiti.

Mesin Heatpress Kain

proses buang lebihan benang
Kami di pembekalcenderamata.com berpengalaman lebih 14Tahun dalam bidang percetakan pakaian & cenderahati. Sekiranya anda berminat atau bercadang untuk membuat tempahan baju, jersey pasukan, dan cenderahati, kami sedia memberikan servis terbaik serta khidmat nasihat Percuma berkenaan produk-produk yang kami tawarkan. Harga yang kami tawarkan adalah sangat berpatutan dan semestinya terus dari kilang. Jadi sebagai pelanggan jangan malu bertanya sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau perlukan rundingan harga mengikut bajet anda. Boleh hubungi kami 017-2290120 untuk sebarang pertanyaan.
LOKASI SHOWROOM
Pembekal Cenderahati (Team Cetak )
32-A, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP
HOTLINE
+6 03 – 5523 6690 (Office)
017-2290120 (sale)

















Users Today : 15
Users Yesterday : 87
This Month : 2579
This Year : 22759
Total Users : 53989
Views Today : 17
Total views : 114961
Who's Online : 6
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.