Sesebuah syarikat tidak akan berada di kedudukan yang tinggi tanpa usaha daripada pekerja–pekerjanya. Setiap pengorbanan mereka perlu dihargai dan majikan seharusnya memberikan hadiah kepada pekerja sebagai tanda penghargaan tidak kira sama ada hadiah kecil atau besar.
Ini serba sedikit meningkatkan semangat, kesetiaan dan penglibatan mereka di syarikat dalam jangka panjang.
5 Cadangan Hadiah Untuk Hargai Pekerja
Di Mafeya Apparel, kami menyediakan pelbagai cenderahati korporat yang sesuai dijadikan hadiah dan menerima tempahan walaupun dalam kuantiti yang banyak. Jangan risau tentang kualiti barangan kami kerana syarikat kami amat menitikberatkan mutu printing yang dihasilkan demi memenuhi kepuasan pelanggan.
1. Sling Bag
Beg silang atau ‘crossbody’ kami tampil dengan 2 hingga 3 kombinasi warna yang berbeza. Ia diperbuat daripada beberapa jenis kain yang tahan lama seperti nylon jacquard, nylon, dan microfiber.
Rekaan ini dipanggil ‘crossbody’ kerana ianya mempunyai tali yang panjang untuk disilang. Jadi, pekerja bebas untuk melakukan aktiviti lain kerana tidak perlu memegangnya.
2. Mug
Cawan antara salah satu hadiah yang paling ramai orang akan cari di syarikat kami kerana anda boleh printing mug dengan meletakkan nama atau logo mengikut design sendiri.
Harga yang ditawarkan juga murah dan berbaloi berbanding cawan di pasaran. Ia sangat sesuai kepada majikan yang mempunyai bajet yang sedikit tetapi tetap ingin bagi hadiah untuk pekerja.
3. Pendrive
Pendrive sesuai diberikan hadiah untuk pekerja kerana rekaannya yang tampak mahal dan mereka boleh digunakan semasa bekerja. Kapasiti yang besar membolehkan mereka menyimpan banyak data dan maklumat seperti gambar, dokumen kerja, dan sebagainya.
Jarang orang akan bagi hadiah printing pendrive tetapi apa salahnya bagi sesuatu yang berbeza sedikit. Mesti pekerja anda akan gembira dan lebih bersemangat untuk bekerja.
4. Keychain
Kepada sesiapa yang ingin cari hadiah untuk pekerja yang minimalis tapi kelihatan cantik, inilah jawapannya. Keychain ini tidak sama dengan keychain plastik kerana kami menggunakan metal (besi) supaya lebih berat dan semestinya lebih ekslusif.
Anda bebas untuk meletakkan logo atau nama pada keychain ini kerana kami menerima pelbagai design daripada pelanggan dan memenuhi kehendak mereka. Jadi, tidak hairanlah kalau ramai yang menempah keychain untuk dijadikan cenderahati kepada seseorang.
5. Multipurpose Bag
Lumrah semua orang untuk mempunyai beg serba guna di rumah mereka sekurang–kurang satu atau dua. Begitu juga dengan pekerja, mereka menghabiskan masa di pejabat dan perlu membawa barang-barang yang penting.
Hadiah beg serba guna ini antara idea yang boleh majikan berikan kepada pekerja mereka kerana ia memberi seribu satu manfaat.
Semua peringkat umur sama ada wanita atau lelaki tidak menjadi halangan untuk menggayakan design ini kerana ianya universal.
—
Banyak lagi idea – idea hadiah yang bernas kepada staff atau pekerja yang kami ingin kongsikan tetapi jangan risau.
Anda boleh dapatkan khidmat nasihat yang percuma berkenaan tempahan dan boleh juga kunjungi katalog di website kami www.pembekalcenderamata.com, www.pembekalcenderahati.com dan www.kedaigift.com.
Kepada sesiapa yang tinggal di Shah Alam atau di Selangor, anda boleh terus walk in ke kedai kami yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.
LOKASI SHOWROOM (Mafeya Apparel)
TEAM CETAK (Kilang Printing T-Shirt & Embroidery)
32-A, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP
HOTLINE
03 – 5523 6690 (Office)
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.